Dasar-Dasar dan Hak Cipta

Dasar privasi, dasar keselamatan dan notis hak cipta bagi Portal Data Terbuka Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Penafian: Segala bahan atau fail yang dimuat turun melalui portal ini adalah atas tanggungjawab pengguna sendiri. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan, penyimpanan dan perkongsian kandungan yang dimuat turun. Pihak pengurusan portal tidak bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan atau implikasi daripada penggunaan bahan tersebut.

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Privasi

Aplikasi MySPR Semak dan MySPR KTM Mobile adalah dua aplikasi yang dibangunkan sebagai, satu platform semakan berpusat iaitu pengguna boleh menyemak maklumat berkaitan status daftar pemilih, membuat semakan calon-calon yang bertanding bagi sesebuah pilihan raya dan juga membuat semakan keputusan bagi setiap pilihan raya yang sedang atau pernah dipertandingkan pada tahun-tahun sebelumnya, manakala Aplikasi MySPR KTM Mobile pula adalah platform dimana SPR akan membuat pengumpulan data bagi merekod dan menganggar jumlah kehadiran pengundi hadir bagi sesebuah pilihan raya. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei App Gallery, dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan mentaksir kebolehan calon. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

  1. Aplikasi MySPR Semak tidak mengumpul atau menyimpan sebarang data peribadi pengguna.
  2. Aplikasi MySPR KTM Mobile ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke portal MySPR. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

    • Nama Pengguna
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Telefon
    • Alamat
    • Jantina
    • Agama
    • Kaum
    • Negeri Kelahiran
    • Tarikh Lahir
    • Warganegara
    • Emel
  3. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
  4. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Kerahsiaan

Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada webmaster@spr.gov.my.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Data

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Notis Hak Cipta

Hak cipta Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan segala maklumat, teks, imej, grafik, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Tidak ada mana-mana bahagian portal ini yang boleh diubah, disalin, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.